Monday, January 26, 2009

S.M.I(sepasang mata itu)
Memandng tepat menusuk kalbu..
Menghalusi sinar mata
Meruntun jiwa menggamit ilusi
S.M.I
Mulanya manis bicara kata
Diselangi nada penuh irama
Terbuai dara dlm awangan
Fantasi penuh dgn kepalsuan..
S.M.I
Mencermin diri tuan empunya
Akhlak mulia atau durjana
Malu mencengkam bangga menerpa
Adakah dia insan sempurna?
S.M.I
Menghiris sekeping hati
Membakar jiwa nan emosi
Memenjara kudrat melumpuhkan diri
Tatkala,
Mengalir bagaikan bebutir permata
Hiba terasa diruang dada
Bagai ditusuk sembilu berbisa..
S.M.I
Insan beza rupa
Bersatu di lautan noda
Tak diundang bertemasya ria
Yg diundang mengundah gelana
S.M.I
Memahami tersurat di kalbu ini
Menyengat minda pd ILLAHI
Bahawa hidup perlu diterusi
Walau badai terus bersemi…

No comments: